BAHASA SEPI SANG SASTERAWAN....  

Posted by Fauzan Razak

Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucapkan bahasa ini - Datuk A. Samad Said

BAHASA SEPI SANG SASTERAWAN....


Cubalah kau dengar wahai anak
Dosa apakah yang kami lakukan?
Hukumanmu itu pada saudara-saudaramu ini apakah ertinya?
Kau kata bahasamu itu kolot
Kau kata bahasamu itu mundur
Kau haramkan bahasa ibumu kami lagukan

Kami tidak mengharap rezeki dari bahasa
Hanya di atas sana yang Maha memberi

Kau mahu hanya perutmu itu diisi
Kau mahu hanya kerabatmu yang mewah
Sedarkah kau wahai anak
yang di bawah ini menanggung derita

Yang kaya akan terus berkuasa
yang lemah akan terus dipijak
itu semua saudaramu sendiri wahai anak
suara kami tidak kau dengar
rayuan kami tinggal sepi

wahai anak
sedekahkan kepada kami sedikit ihsan
agar kami boleh bernafas di bumi kami sendiri
bumi yang sudah tandus dengan nikmat.





This entry was posted on 4:32 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

6 comments

tahniah kerana telah bangunkan blog sendiri.
pastikan puisi bukan seperti prosa (ayat biasa). puisi itu ada indahnya, kata-kata yang tepat dan berkias, tidak terlalu berterus terang. tidakj perlu tanda elipsisi (...) pada setiap baris. gaya pembacaan tidak perlu mempengaruhi penulisan. jangan menulis puisi sambil membaca atau seolah-olah deklamasi. tulis dulu, ide dan susun bahasa kemudian.

This comment has been removed by the author.

Assalamualaikum sahabatku saudara Fauzan...
Tahniah kerana sudah ada karya sendiri. Bila nak ajar aku?

definisiku tetap sama dengan kelajuan
tidakku gentar kerna bagiku ini masa depan
tiada penghalang bagiku
dan matlamaku hanya satu
sentiasa bersedia
kemenangan pasti milik kita

Sejarah Bukit Gantang akan berulang..
melayu bergaduh, cina akan ambil peluang n negara kita akan dijajah barat semula..

Belajar dari sejarah...

askum, tadi de forum dengan prof singapura. sayangla orang cam ko xdatang.. mesti ko tak sangke seorang profesor terkenal bahasa melayu menyokong PPSMI dijalankan. paling lawak, dia caam xkenal asal-usul sendiri...
orang singapura memang gitu kot.
kalo ko dok dalam tu pun, wat panas ati je dengar...nak tanye lanjut, tanye en. ariff...

Waalaikumsalam....

Dengar je pun da panas da ni. tapi tu pendapat dia kan? lantak p la dia...tp kita jangan patah semangat...Tetap perjuangkan...

APA PANDANGAN ANDA?

ADAKAH ANDA SELESA DENGAN KEADAAN POLITIK MALAYSIA PADA MASA INI?

View Results
Create a Blog Poll