Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucapkan bahasa ini - Datuk A. Samad Said
BAHASA SEPI SANG SASTERAWAN....
Cubalah kau dengar wahai anak
Dosa apakah yang kami lakukan?
Hukumanmu itu pada saudara-saudaramu ini apakah ertinya?
Kau kata bahasamu itu kolot
Kau kata bahasamu itu mundur
Kau haramkan bahasa ibumu kami lagukan
Kami tidak mengharap rezeki dari bahasa
Hanya di atas sana yang Maha memberi
Kau mahu hanya perutmu itu diisi
Kau mahu hanya kerabatmu yang mewah
Sedarkah kau wahai anak
yang di bawah ini menanggung derita
Yang kaya akan terus berkuasa
yang lemah akan terus dipijak
itu semua saudaramu sendiri wahai anak
suara kami tidak kau dengar
rayuan kami tinggal sepi
wahai anak
sedekahkan kepada kami sedikit ihsan
agar kami boleh bernafas di bumi kami sendiri
bumi yang sudah tandus dengan nikmat.
This entry was posted
on 4:32 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
APA PANDANGAN ANDA?
Teman Blog
CERMIN
Sebagai lambang yang tegambar di depannya. Jika buruk di depannya, buruklah ia. Jika indah, indahlah ia. Jika dusta, itulah ia. Jika ikhlas, biar tersimpan tanpa dikhabar kerana ikhlas bukan kita yang tentukannya, ikhlas hanya DIA yang menilainya. Biarkan cermin yang menjadi petunjuk kepada suara hati.
-
-
Majlisku 6 bulan lepas..11 years ago
-
TiKaMaN daLaM HaTi.....(~_______~)..hu312 years ago
-
RENUNGAN BERSAMA....15 years ago
-
-
6 comments